NEWS & EVENT

Back to News List 1470977005.jpg

FLY ME TO BANDUNG!

Kuala Lumpur, 29 Jun 2016 - Pastikan pasport anda sah untuk melancong, kemaskan bagasi anda dan bersedialah untuk terbang bersama kami. Itulah antara ungkapan istimewa yang diterima oleh sepuluh pemenang bertuah Peraduan ‘Fly Me to Bandung’ yang dianjurkan oleh Kedai Ayamas dan Rasamas. 10 pemenang bertuah itu bakal menerima hadiah berupa pakej percutain ke Bandung, Indonesia untuk dua (2) orang. Hadiah disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi Abd Jalil, Pengurus Besar Kedai Ayamas. 

 

Pertandingan ‘Fly Me To Bandung’ yang dianjurkan ini adalah bersempena keluaran ayam panggang Percik Bandung pada Mac yang lalu. Pertandingan ini berlangsung selama dua bulan telah mendapat banyak penyertaan dan promosi ayam panggang Percik Bandung juga mendapat sambutan yang hebat. 

 

‘’Pihak Kedai Ayamas dan Rasamas tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh para pelanggan amat menggalakkan, dan sebagai tanda penghargaan kita akan menerbangkan 10 pemenang bertuah bersama pasangan mereka ini ke Bandung’’ ulas Encik Mohamad Fauzi Abd Jalil. 

 

Pihak Kedai Ayamas dan Rasamas juga memaklumkan bahawa akan ada banyak lagi promosi ayam panggang dan peraduan yang bakal dianjurkan di masa akan datang. 

 

Untuk merasai hidangan Ayam Panggang, para perlanggan boleh segera ke outlet Kedai Ayamas dan Restoran Rasamas yang berdekatan untuk menikmati promosi terbaharu sempena Ramadan. Anda pasti akan disambut dengan tangan terbuka dari staff kami. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Kedai Ayamas yang berwajah baru www.kedaiayamas.my atau laman social rasmi facebook Kedai Ayamas https://www.facebook.com/AyamasRoasters

 

-------------------------------------------------------Tamat---------------------------------------------------------